UJIAN SEMESTER

ARAHAN:0)Jawab semua soalan.(10 soalan)
1)Calon-calon diminta membaca semua soalan dengan teliti.
2)Calon-calon dinasihatkan menjawab soalan yang mudah terlebih dahulu.
3)Tiada markah untuk soalan yang tidak dijawab
4)Dilarang keras MENIRU!
5)Sila simpan alat keloi(sistem perhubungan telekomunikasi) masing-masing untuk mengelakkan dari diusir keluar dari dewan peperiksaan.Untuk mengetahui masa,sila angkat tangan dan tengok jam di tangan masing-masing.(untuk calon-calon yang menjawab secara online boleh melihat jam di monitor komputer masing-masing)

p/s:Tiada peruntukan masa untuk setiap soalan.Calon-calon cuma dinasihatkan JANGAN membuang masa!
SELAMAT MENJAWAB!
pesanan ikhlas:
(biasakan diri untuk berselawat apabila lupa sesuatu data)

Soalan 1

Menyalak bukannya anjing,mengiau bukannya kucing,mengembek bukannya kambing,berkokok bukannya ayam,terbang bukannya burung.Binatang apakah itu?

Soalan 2

Manusia apa yang matanya 4, kakinya 3?

Soalan 3

Ditanam bukan tumbuhan, dihias bukan pengantin, diikat bukan tali.Siapakah aku?

Soalan 4

Kakinya satu,matanya 3.

Soalan 5

Semasa masuk tegang, selepas dikeluarkan layu.

Soalan 6

Binatang apa kakinya 5?
*hint* 2 ekor binatang (kumiawase mondai)

Soalan 7

Apa itu limau?

Soalan 8

Berikan perbezaan antara pemain bola dan pengantin baru.
(satu jawapan mencukupi)

Soalan 9

Berikan perbezaan antara van dan kondom.
(satu jawapan mencukupi)

Soalan 10

Kalau tidur dia berdiri,kalau berdiri dia tidur.Apakah dia?

BONUS

Seorang lelaki yang amat miskin teringin untuk mendirikan rumah tangga.Kerana teramat miskin,hina dan dina amatlah susah untuknya mendapatkan pasangan.Setelah puas berikhtiar, akhirnya gadis yang teramat indah cantiknya dikurniakan Allah untuk menerima dirinya.

Sempena majlis pernikahannya, si ibu telah menyediakan satu pakaian buatan tangan khas untuk anaknya.Sebagai tanda menghargai ibunya, si anak mengenakan pakaian itu sepanjang hari majlis pernikahannya hingga ke malam.

Usai tetamu pulang, si pasangan pengantin membuka hadiah yang tak seberapa yang diterima dari rakan-rakan yang miskin juga.

Selesai acara buka hadiah, kedua-dua pengantin baru bersiap sedia untuk melayari malam pertama mereka.

Di dalam bilik..

Kenapa si pengantin perempuan tertawa besar?

SOALAN TAMAT

1 comments:

aielemocnian August 02, 2005 11:58 AM  

ces... payah btul soalan...

10.bayang-bayang

soalan bonus

sbb dia tak tukar2 baju mak dia bg tuh.

nantilah pk jawapan utk soalan lain.