kehilangan insan tersayang

zaman aku sekolah rendah aku dah start aktif berkelab-persatuan.seronok bile join segala macam aktiviti itu ini bergiat sana sini.tapi masa zaman aku tu, the word GIAT was very tak best sbb manusia2 yg cargas join itu ini akan dichop sbg MAT GIAT! nasib baik bukan aku.haha..

mase sekolah rendah aku join PBSM.wah..semangat nak jadi doktor zaman tu.nak tolong orang itu ini.dari darjah bape aku tak igt tapi sampai grad sekolah rendah aku maintain jek ngan PBSM.tp zaman tu akak CT NURHALIZA tak jadi wakil PBSM mesia lagi.kalau tak sure dah 'bertemu jodoh' dah kami berdua.ahax!

banyak sebenarnye belajar mende2 baik dlm PBSM ni.dapat tolong orang.the 1st thing yang aku belajar dulu dan cara nak selamatkan org yg pengsan.heh..sampai mati kot aku akan igt sbb aku kene jadik model pengsan atas meja.ches!!

tadi aku terpk.kalau jadi sumthing yg kite tak tersangke or senang cakap eksiden yg tak terduga camne agaknye kite time tu?

study case1: Anda sedang bermain-main dengan isteri tersayang di dapur.Sambil si dia menyediakan makanan, anda dengan lembut dan kasih sayang memberikan pelukan dari belakang.Tanpa disengajakan, air panas tumpah ke tangan isteri anda.Apa yang patut buat?

i- alirkan air banyak2? kalau dah kene air sure lepas tu akan mengelembung, ape tindakan anda?
ii-tuang minyak atas tempat kene air panas?
iii-amek towel/kain or what so ever balut tempat kene air panas?
iv-sapu minyak gamat?

study case2:Hari ini hari ulangtahun perkahwinan anda pertama.Bagi meraikan hari istimewa ini, anda dan isteri telah menyediakan juadah yang beraneka jenis lauk pauk.Dari masakan Melayu sampai ke Itali semuanya ada.Tiba-tiba isteri anda tercekik daging steak dan mukanya menjadi pucat.Apa yang patut anda buat?

i-jolok jari keluarkan daging?
ii-tundukkan isteri anda dan tepuk belakang?
iii-bagi minum air?
iv-ketuk kat belakang leher?

study case3:Hari jadi anak kecil anda hari ini.Menjadi kebiasan, anda sekeluarga menyambutnya di kawasan jeram sungai yang damai.Selesai memancing, juadah ikan bakar paling membuka selera.Sedang menikmati ikan bakar yang sedap, anak anda tercekik tulang ikan yang agak besar.Sambil memegang tekaknya, dia mengalirkan air mata sambil tersekat2 menyebut "Pa..pa, Papa.."Apa tindakan anda?

i-bagi telan segumpal nasik/roti tanpa mengunyahnya dahulu?
ii-call ambulans/doc?
iii-bagi minum air dalam tutup periuk?
iv-korek dengan jari?

study case4:Lebaran menjelang dan anda pulang beraya di kampung.Di sana ramai sanak saudara bergembira berkumpul bersama.Sedang asyik berhari raya, tiba-tiba ayah anda jatuh dan tidak sedarkan diri.Kemungkinan diserang cardiopulmonari arrest.(yg berkaitan dengan jantung).Apa tindakan anda?

i-menghubungi hospital/ambulans?
ii-memberi bantuan kecemasan ( CPR + henjut dada) ?
iii- membuka baju melegakan ruang udara untuk bernafas?
iv-membalut dengan selimut?

andai anda memilih ii, bagaimana memberikan CPR yang tepat?anda pasti cara melakukannya?anda yakin tekanan yang sekuat mana harus diberikan kepada dadanya?tahukah anda sekiranya anda tidak memberikan bantuan kecemasan jantung akan berhenti berfungsi?dan seterusnya selepas 5 minit pembekalan darah ke otak akan terhenti seterusnya mengakibatkan kehilangan oksigen ke kepala?natijahnya hari raya anda terpaksa disambut dengan upacara kematian yang tak diinginkan!

study case5:Pulang berhari raya, anda sekeluarga dalam kereta kesayangan memandu di dalam gelap malam.Tanpa diundang, perasaan mengantuk menghantui anda sedangkan isteri dan anak anda sudah lelap, lena diulit mimpi. Anda tidak dapat mengawal kenderaan, dan terlanggar penghadang jalan.Akibatnya, isteri dan anak anda cedera.Darah banyak mengalir di tangan. Anda pula hanya terhantuk di stereng.Apa tindakan anda?

i-call sedara di kampung?
ii-call ambulans?
iii-tolong isteri + anak.keluarkan dari kereta?
iv-tolong isteri + anak.hentikan pendarahan tapi biarkan dalam kereta?

kalau anda memilih iii, bagaimana cara anda mengalihkan isteri dan anak anda dari dalam kereta?pastikah cara anda tidak merosakkan organ dalaman mereka dan kemungkinan mengakibatkan kecederaan dalam?

kalau anda memilih iv, bagaimana cara terbaik menghentikan pendarahan?tahukah anda kalau darah berterusan keluar dari badan dengan banyak lebih dari sejam maut bakal menjemput isteri dan anak anda?

Bersiap sediakah kita?

6 comments:

aielemocnian November 16, 2005 2:52 PM  

takde jawapan ek wahai pakcik pbsm?

Anonymous November 16, 2005 3:29 PM  

aik nih nak promote org join pbsm ker?
neway, sbnrnyer bende2 nih penting... thank you for making us aware of its importance.
and thank you for posting comment on my page.. ^^

pakchaq November 17, 2005 11:13 AM  

aie: ade la jawapan.tgh nak kumpul maklumat lagi ni.ngan study case lain.

aserque: takde la promote.just in case sementara nak tunggu ambulans sampai.kan bagus kalau kite sendiri reti sikit2.tak sanggup tgk org mati depan mate sbb kite tak reti nak buat pape=(
p/s: awat 'que' kat blakang tu same ek?=p

bukh November 18, 2005 8:01 AM  

sama genglah kita mam... tapi aku dah lupa dah semua cpr ape jadah tuh... huhuhu.. masuk just sebab pengakap dah penuh..elleh, ingat bagus ke pengakap pegi camping2 laa...piii rah!!!...

-bukan pengakap-

Anonymous November 19, 2005 10:41 PM  

hohoho..awat la sume org nk sgt jwpn nye? ni mesti sume org xtgk bangumi tu ..bagos rancangan tu..peberet bangumi aa pendek cite!

kalau izham nk jwp sume make sure kene siap ngan kuwashii setsumei mcm guest sensei dlm bangumi tu

btw, suke tgk adik beradik kembar tu ms CPR test..punye happy mcm betol2 je die dpt selamatkan member lg sorg tu..

anak pak usop November 20, 2005 12:34 PM  

insya allah akan di folo up sesegera mungkin..

tp, klu nnt kurang lengkap, atau ade yg lebih baik jwpnnye, pakat2 tunjuk ajar la ye..

p/s;erk.. camne buleh bocor name ni??muskil2