ikhlas(?)
berderau darah bila terbukak satu artikel yang dikirimkan oleh pengirim bernama Yang Ikhlas bertajuk "BERZINA DENGAN IKHLAS".gulp..telan air liur dalam dalam2 bila stat baca.kononnye kerana ikhlas bercinta dengan temannya, mereka berzina tanpa rasa bersalah.sebaliknya dianggap gentlemen! dan bila dimarahi orang tua, dikatakan kolot pula!
astaghfirullah..
hadith riwayat ahmad & baihaqi " Innama bu'istu li utammima makaarimal akhlaq"
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia..
Nabi diutuskan, bukan kepada bangsa lain, tetapi Quraisy adalah antara beberapa sebab.Kalau nak dibandingkan dengan kaum bangsa lain pada zaman itu, akhlaq kaum quraisy adalah antara yang terbaik.dan masih mulia.
Dunia pada masa tu dikuasai Rom dan Parsi. Jangan lupa Greek dan India di sebelah lagi satu.
Parsi- (lebih kepada Iran zaman skrg) - arena pertarungan agama falsafah yang beraneka corak.Majusi menjadi agama dokongan yang mana menggalakkan lelaki berkahwin dengan ibunya sendiri.kalau rasa sudah tua, boleh pilih dari anak perempuan atau adik atau juga saudara perempuannya sendiri! Kerana itu, tak hairan bila Empera Yazdajrid pemerintah di pertengahan abad ke-5 Masihi menikahi anak perempuannya sendiri!
Kerana seks bebas dan keruntuhan moral juga, Empayar Rom hancur. Kitab karangan Edward Gibbon yang bertajuk The History of Decline and Fall of Roman Empire telah mengiakan kebenaran ini."Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas…..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!"
Hari ini sejarah berulang lagi..
Tak cukup dengan artikel ikhlas dari Yang Ikhlas, ada juga seorang tokoh korporat(keparat?) dengan 'ikhlas' lagi terang menceritakan di mahkamah tentang hubungan seks nya dengan seorang pembaca berita RTM.Juga dengan alasan yang sama,niat suci kerana ingin mengahwininya!huh..
Seandainya Machiavelli masih hidup hari ini, atau pun ada talian telefon dalam kuburnya, mungkin juga dengan sistem SMS yang canggih, pasti diala antara manusia yang paling gembira. Ajaran mudah dan simple.konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya.Senang! Hari ini bukan saja org kafir mengamalkannya, yang mengucap dua kalimah syahadah pon tanpa segan silu berselindung dengan hadith yang diputar belitkan.(rujuk hadith ① dalam matan arba'in untuk hujah yang panjang)
Sudahlah..Tak tahu apa yang nak diucapkan lagi.Ajaran Islam dalam al-quran cuma tinggal warkah berlagu sepi.Didendang dan diperalunkan hanya pada majlis musabaqah.Ada yang mahu menaikkan,memartabatkan undang2 dan falsafah Islam? Kalau berani meringkuk dalam penjara dipersilakan..
5 comments:
adakala...
kita memang tak mampu nak ubah dunia yang semakin menghancur ini hanya dengan sekelip mata. memang, memang takkan mampu.. tapi assyahid imam hasan al banna ada berpesan, impian semalam adalah hakikat esok hari.. maka anggaplah kita adalah salah satu yang melengkapkan rantai perjuangan yang belum tiba ke penghujungnya.. bukan kita yang memulakan, dan bukan kita juga yang mengakhirkan... tapi kita turut sama dalam rantai perjuangan yang takkan putus.
maka teruskanlah menghidupkan islam di hati, dalam diri... islam dihatiku, islam dihatimu, islam dihati kita semua..
"saya ikhlas untuk minum arak".. "saye ikhlas untuk makan babi"..huhuhu... kepala hotak mereka!...
tp bila ko citer bab parsi nih kan mam, teringat cemane ko citer kat aku pasal kehebatan kerajaan namrud kat bilik kita kat 5th..."takde bendera lain selain bendera namrud"..haha..ayat tuh paling aku ingat..
saufiah: pesan murabbi sering benar kita lupa.maka benarlah.. rantai perjuangan ini takkan putus selagi mana mengalir kalimah tayyibah dalam darah merah kita=)
bukhari:weh bai, shh..shh.. cerita lama tu=p kuat betul ingatan ko ek?=p
aidylmarjanqudsi:amboih..susahnya nak eja nama=p orang macam ni selalunya cerdik pandai ni.pandai putar belit point.depa ni bukan tak mengaji.tapi jenih mengaji tak habih tu yang jadi macam tu=p
salam.
encek pakchaque, buleh saya dapatkan email tu?
seems dat im in d haze reading ur blog..
Post a Comment