negaraku
sebelum ke negara bekas penjajah ni, kurang aku rasakan semangat patriotik dalam diri.kalau adapun, mungkin masa kempen bulan patriotik di sekolah.ada pantomim, sajak, puisi, itu ini kononnya menanam sifat cinta negara.
oho, ada lagi.BTN.satu kem yang boleh disifatkan tempat utk brain-wash makhluk2 yang masuk ke situ.dari A-Z semangat cintakan negara ditanam.kononnya dengan cara sebegini manusia-manusia yang keluar dari kem tersebut akan lebih punya jatidiri.mungkin juga tidak!
lain pula sekarang, rasa marah mudah sekali bila terdengar berita buruk pasal negara tercinta. bila terbaca berita tak kurang elok cepat pula rasa geram dalam hati.mungkin ini yang dinamakan, semakin jauh semakin sayang.erk..
baru2 ni , kecoh pasal kes bogel dalam penjara.tak perlu tunggu lama, bukan setakat berita, video 30 saat tu pun boleh dapat depan mata. ya lah, internet kan sekarang ni zaman hikari fiber.huh!
entah kenapa, seawal pembacaan aku pasal berita ni, instinct aku kuat mengatakan, satu lagi episod memomokkan rakyat tempatan dengan berita entahkan benar,entahkan tidak. kononnya seorang polis bertudung, berpakaian polis lengkap, dan jangan lupa, hanya berselipar mengenakan denda ketuk ketampi kepada seorg perempuan kononnya wanita cina.bukan itu kesnya, ketuk ketampi secara bogel.wah..lagi dahsyat dari denda di zaman sekolah! yang sedihnya, insiden yang tak ingin kita lihat ini berlatar belakangkan" lagu tema" petikan surah terakhir dalam mushaf uthmani.
bukan itu yang aku nak highlightkan kali ni.yang paling aku sedih, bila aku tengok bukan hanya hulubalang negara yang melatah, tapi mamak bendahar juga dengan hanya satu kenyataan "memalukan!" tanpa usul periksa turut juga melatah.
dan baru-baru ini, kenyataan usul periksa, org didenda ketuk ketampi tanpa pakaian itu bukan rakyat cina, sebaliknya orang kita!wah..satu lagi berita, melayu tanpa pakaian disuruh ketuk ketampi..dan kesannya?berita habis di situ saja.
malu aku rasa.bila kononnya org cina, pantas sekali gerak kerja.sampaikan ada badan khas ditubuhkan.bila sebaliknya org kita?senyap sepi kononnya tiada apa yang perlu dijelaskan? aneh..golongan mcm ni pulak dengan lantang dan semangat nak memangsakan satu lagi negeri 6hb ini.dengan tanpa malu dengan terang, melaungkan "kami pejuang melayu!" menghunus keris di sidang perwakilan.lagak pendekar zaman silam.
kurang pasti kenapa siapa pengedar video 30 saat penggamat parlimen.entah mana sumbernya tiada siapa yang pertikai, tapi terus saja ramai2 melopong mulut kononnya nak jadi saksi. mungkin satu lakonan mungkin satu kejadian, entahlah.. kita tunggu dan lihat. biarkan perempuan itu terus malu dengan kemaluannya dijaja seluruh dunia.
oh negaraku..
2 comments:
haaaa...
what?
*jaw dropped*
lakonan dunia ni macam2 yang tak dapat kite nak agak cik saufiah.. entah macam mana kita nak dayakan usaha kita ni pun dah tak tau la skrg..
Post a Comment