bayan

tuan-tuan yang mulia, syukur kita pada tuhan tuan-tuan..

ada orang tidur semalam, pagi ni tak dapat nak bukak mata lihat dunia dah tuan2,
ada orang bangun pagi ni, bila masuk toilet, tak boleh nak kencing tuan2,
ada orang hari ni, bila nak pergi skolah, ada yang kena lari2 kejar bas tuan2,

tapi tuan2..

kita masih hidup dengan rahmat Allah tuan2
masih dapat makan pagi sedap2
masih dapat hirup udara puas2
masih dapat merasa segala macam nikmat

dan..

nikmat paling besar tuan2, pastinya nikmat iman dan islam

tuan2 yang mulia..

kita hari ni takut hantu lebih pada takut Allah. kadang2 nak pi kencing tengah malam pon kena mintak orang teman.sebab apa tuan2?sbb kita percara cerita orang tua2 ada hantu dalam jamban. kita terkesan dengan cerita pontianak harum sundal malam. kita teringat cerita hantu sundal bolong dulu2 tuan2.. tanda dunia ni dah masuk dalam hati kita.kita teruk hari ni tuan2..

nabi cerita allah maha kuat, maha pengazab, ada neraka dasyat2 kita tak takut. kita lupa bila bangun pagi.yang kita igt duit ringgit dengan anak bini.tuan2..kita teruk tuan2. nilai dunia ni dah masuk dalam hati kita. sampai kita lupa akhirat..

tuan2 yang mulia..

syaitan tu hebat tuan2.dia tak curi duit ringgit kita, dia tak ngorat anak bini kita, dia tak bawak lari mercedes, honda kita.. tp dia curi nikmat iman kita.dia nak amek sampai hilang terus iman, islam dalam hati kita. tp kita tak sedar tuan2.kita lagi sayang duit ringgit, anak bini, keta mewah kita dari iman. mangkit pagi kita check msg awek kita, kita bukak mata tak ucap alhamdulillah pun.masuk jamban pon lupa baca doa.. syaitan tepuk tangan suka tuan2.

nak pi keja,kita lap keta kita dulu tuan2, sampai berkilat takut orang kata kita tak reti jaga keta. bila berkilat kita lupa tuan2, ada riak datang masuk dalam hati. masuk keta bini masuk sama.bau wangi semerbak tuan2. kita senyum bagi kiss kat pp bini kita.awak cantik la hari ni.. hari ni jeke?bini tanya, kita cepat2 pujuk kata, dak2.. tiap2 hari awak cantik.. tapi tuan2.. kita tak puji Allah macam tu tuan2.tak amek hati allah sampai macam tu tuan2.kita lupa lagi..kita lalai lagi..tapi allah tak tuan2..lagi dia bagi kita nikmat.lagi dia bagi kita rahmat..

tuan2 yang mulia..

saidina abu bakar mula2 masuk islam terus buat saham besar.sampai hari ni saham dia jalan lagi tuan2.kita pon hari ni main saham.ramai yang dah nak balik pakat dok usha asb,bank itu ini, mlm nak join sana, nak masuk sini..sbb nak kaya. tapi tak ramai tuan2 yang tiru macam saidina abu bakar. dia punya saham bukan takat wang ringgit dinar rupiah, tapi balasna syurga yang tak terhingga. malaikat pernah nak terbang tgk syurga abu bakar tuan2.terbang punya terbang punya terbang, punya kepak punya kepak, sampai penat malaikat tanya Allah, ni dah jauh mana Allah ? Allah kata baru satu per sepuluh saja syurga abu bakar. padahal kalau kita nak tau, malaikat punya kepak saja dah melitup timur dan barat tuan2.punya besar kepak malaikat.sekali kepak mau beribu2 tahun jalan.tu pun sampai penat masih tak habis2 lagi round syurga abu bakar tuan2.. punya hebat Allah bagi saham kat dia.subhanallah..

kita cammana tuan2?

tuan2 yang mulia..

jangan pakat renung saja tuan2.. pakat buat amal terus tuan2. amal dan usaha. usaha atas apa? bukan saham, bukan duit ringgit, anak bini, gheta pangkat berjuta tuan2.. tapi usaha atas iman dan amal tuan2. bagi jamin masuk syurga.tak besar macam syurga abu bakar, janji bagi ada ruang pun cukupla tuan2..

beramala kerana allah..

4 comments:

Sufi is me March 16, 2006 1:42 AM  

tuan2 jer?
puan2, cik2, kakak2, adik2, ikhwah dan akhowat, cikgu2, dokter2.. takde?

=P
*teringin nak ade saham cam abu bakr. walopon sedar tak layak*

~HiMaWaRi~ March 22, 2006 12:36 AM  

btul ShuPie..
i agree wif you laa..
:)

Sufi is me May 18, 2006 11:56 PM  

assalamualaikum

aiyak.. melampau la ni tido...
berbulan2..
tau la dah balik mesia, keje ape semua... tapi takkan buang trus blog nih kut? apa kes? kut ikut jejak bukh, letak jawatan sbg penulis blog yg prolifik? =P

mangkit mangkit... apa tidoq lama sgt tuh.

zwitterion July 05, 2006 6:19 PM  

saya tunggu bila la pak chaq ni nak update...