haqqul mar ah 'ala zaujiha

~~berbaik2 dgn isteri dan jariah~~

syarak menyuruh berbaik2 perjalanan antara suami isteri dan gundik(jariah) [ni kes zaman dulu penghulu blh memiliki jariah]

【hikmah berbaik2】
●tak ghaplah kepala
●mendatangkan berkat kehidupan
●menyenangkan hati
●dapat sukacita
●dll..

【dalil】
[hadith imam at-tirmizi]
riwayat 'amru bin al-ahwash

【isi】sabda nabi, jaga2!terima olehmu akan wasiatku dan amalkan dgn sungguh2.BUAT BAIKLAH KAMU DGN ISTERI2 KAMU

kerana

bahawasanya,pmpn2 yg menjadi isteri itu, tawanan di sisi kamu.yakni tiada dapat mereka itu bebas diri sepertimana bebas laki2.('awaanun 'in dakum)

【pengajaran hadith】

1)isteri boleh memberi pendapat kepada suami dalam keluarga.tetapi tiada kuasa untuk melarang.
2) berbeza dgn suami.mempunyai kuasa dalam menentukan hala tuju keluarga.

cth: isteri boleh bertanya ke mana suami ingin pergi, dan mempunyai hak untuk memberi pandangan supaya tidak pergi seandainya dia tidak mahu suaminya pergi.tetapi sebaliknya untuk dia keluar rumah memerlukan izin dari suami dan tidak boleh keluar sesuka hati melainkan mendapat laknat Allah.

【syarah】

1.oleh kerana isteri ada di kedudukan sebegitu, suami harus dan sewajibnya memberi kasih sayang kepada isterinya.

2.sabda nabi

"laisat tamlikuuna min hunna shaian ghaira zaalik"

erti: tiada milik sekalian kamu,drpd mereka itu sesuatu lain drpd membuat baik ke atas sekaliannya.

→maka jgnlah bengkeng,dan bermasam muka suami kepada isteri2nya.
→dan jgnlah dipukul,digodam kerana kesalahan yang tidak sepatutnya
→dan jgnlah tggl berhari,bermlm2 tidak setidur dgnnyasesungguhnya yang demikian itu meruntuhkan hatinya

3)berilah kebaikan,nafkah,tmpt tgl,dan apa yg sepatutnya kepada isteri.dan jgnlah mengongkong yg tidak sepatutnya ke atas isteri2.kerana mereka mengendalikan urusan rumah tangga kita.

4)sabda nabi lagi

"illa an yaktiina bi faahisyatin mubayyinah"

erti:melainkan didtgkan oleh isteri2 itu perkara2 yg tdk baik dan perkara busuk yg trg2 dikeluarkannya"

cth:

i)isteri jahat(berzina selain suami)
ii)isteri curang(main kayu tiga)
iii)isteri busuk mulut(suka maki,xreti nak puji suami)
iv)isteri kasar laku(memukul suami)
v)menggap suami org lain better dari suaminya
vi)tidak menurut ajar tegur suami
vii)tidak reti bersyukur
viii)dll

5)sampai ke tahap ini..syarak menyatakan, suami boleh mengajar isterinya

sabda nabi"fain fa 'alna fahjuruhunna fil madhaaji' "

erti: maka apabila berlaku isteri itu kelakuan2 yg tidak baik,(spt di atas tadi;maka tak mau tidur sama,dan meminta apa2 yg tidak kuasa memberinya,dan membuat ckp tdk baik),maka hendaklah tggl akan mereka itu akan tempat tidurnya.

utk isteri yg baik, isteri itu akan merasakan yg suami sudah tidak sayang dirinya lagi.maka tujuan meninggalkan tmpt tidurnya itu ialah untuk mengajarnya secara lembut.(guilty concious)
6)maka sekiranya diteruskan perangainya yg sombong tak mau mendengar nasihat itu,dan terus nusyuz, maka ia menggugurkan hak nafkah ke atasnya.maka khabarkan kepadanya;

"kamu telah nusyuz kepadaku,dan seharusnya kamu makan apom balik dah.(tunjuk tapak tgn sket kat dia,acah je..hehe) , hak nafkah aku ke atas kamu juga telah gugur.dan klu sekiranya kamu mahu terus dgn perangai keras kapla kamu ini,aku boleh meninggalkan kamu.(jgn sampai melafazkan lafaz cerai).dan jgn paksa aku sampai ke tahap itu"

7)beri ia fikir akan segala kesalahannya.jgn dengan pukul dan godam.jgn jugak gocoh tampar ke atasnya.bahkan biarlah berhalus dan menunjukkan kasih sayang kepadanya.[pakai aci,kalau buleh jgn lah sampai naik tgn,kaki.] igtkan dia mengenai anak2 juga.

8)dan sehinggalah ke saat tiada mahu juga dia mendengar..boleh la dipukul yg tidak membinasakan dirinya.(tidak luka,calar,bengkak,dan sakit sehabis2 sakit spt memukul abdi)

kaw.larangan pukul:
1)muka(tanda cantik seorg wanita)
2)kemaluan(bhgn sulit)
-kedua2nya juga tidak dibenarkan dlm hukum sebat-

namun seberapa daya,elakkan dari memukul.kerana memukul kekasih spt isteri seakan manusia yg tidak ada tmbg rasa dan tidak mempunyai kasih sayang.

9)isteri(wanita) diciptakan allah dhaif dari segi akalnya.lebih2 lagi wanita yang sentiasa melahirkan zuriat untuk lelakinya.

【kesimpulan】

buat isteri2 yang memiliki suami2 yang masih dalam kategori bertanggungjawab,bersyukurlah. sesungguhnya masih ramai lagi suami2 yang tidak menjalankan tggjwb di dunia ni.allah bg kepada kita teramatlah elok.sedangkan org lain memiliki sehingga tiada mampu mereka menanganinya.hanya allah dan dirinya sahaja yg memahami.

dan buat suami2.jalanilah tanggungjwb sebaiknya.yang dok ada kat kita tu,syukurlah.berigtlah, korban isteri amat besar untuk diri kita.jgnlah besar kepala,sombong,tidak bertimbang rasa.hargailah la jua apa yg kita miliki.jgnlah hingga bergelar suami yang zalim.selagi mana dia menunaikan tggjwb dia,terimalah seadanya.jgn pulak pi cari pasai saja2.hehe

wallahu 'alam

*kuiz 3*

apakah nama isteri firaun?(bukan maha firaun aa)

0 comments: