lampu kelip kelap

1 ramadhan menjelang.alhamdulillah.panjang lagi umur aku kali ni.aku ingat dah tak sempat dah nak jumpe dengan ramdhan kali ni.alhamdulillah, Allah masih bagi can kat aku perbaiki diri kali ni.

pesta beribadah telah pon bermula
bersama datangnya ramadhan yang mulia
rahmat Allah melimpah untuk semua hambaNya
nikmat Allah menanti, mencurah2

ramadhan bagi yang ingin menambahkan amal, masa ni akan digunakan sebanyak2nya ke arah kebaikan.sesaat yang berlalu pergi tanpa sebarang amalan, akan dirasa kerugian yang besar bagi diri mereka.

sebut ramadhan yang terbayang pastinya; puasa, sahur, berbuka, tarawikh, witir, moreh, dan bio-rythm ni berulang untuk sebulan insya allah bagi kebanyakan umat Islam.

apa persediaan kita menyambut ramadhan?maaf cakap, banyak org bersedia menyambut syawal tanpa sebarang persediaan menyambut ramadhan yang penuh rahmat, pengampunan, dan pelepasan azab di dalamnya.(matan hadith)

paradigma kita biasanya sama.satu!memeriahkan syawal. macam mana nak memeriahkan ramadhan?

dari segi psikologi sememangnya manusia menyukai satu perubahan menyambut atau menerima kedatangan tamu.macam tu jugak otak kita akan fikir macam mana cara masak lemang, sedia kuih raya, tukar tirai rumah, beli kusyen baru ; semata-mata menyambut tetamu yang bernama SYAWAL.aku juga lahir dalam bulan syawal.semestinya kegembiraan berganda bagi pasangan suami isteri seperti mama dan abah pada zaman tu.

satu cadangan yang aku anggap sebagai anjakan paradigma dalam hidup MELAYU kita. menyambut ramadhan dengan cara menyambut syawal.apa kurangnya ramadhan untuk kita abaikan?kenapa tidak kita ubah sistem interior rumah kita semata-mata untuk ramadhan?ubah kududukan katil, meja, kusyen, dan mungkin juga beli tile baru untuk bilik mandi.kalau lebih meriah pesan lampu kelip kelap biar bergemerlapan rumah demi memeriahkan ramadhan.

pasti yang ada bersuara..wah wah wah..awalnya abang nak raya! bukan raya yang menjadi target, tapi meraikan kedatangan ramadhan mabruk! biar ada semangat kita beramal bila segalanya menjadi baru.pernah sekali, bila di awal musim ramadhan ke kedai mecari lampu kelip kelap, tokei kedai dengan yakinnya memberi jawapan, RAYA LAMBAT LAGI!..jawapan tipikal meraikan hari raya.

saudara, kenapa dari segi zahir saudara tekankan?bukankah lebih baik kita tekankan dari segi bathiniah dan ruhiyyah sesuai dengan saranan Rasulllah SAW..

tanpa air tak mungkin seekor ikan buleh berenang kegembiraan, tanpa angin tak mungkin si helang terbang riang di angkasa, tanpa jasad tak mungkin jiwa ini diberi pengisian. begitu.. biar ada perubahan.tak mahu tak apa, SEANDAINYA anda mampu menjamin peningkatan amal. biarlah ada semangat.takkan dah tuka langsir, dah ubah katil, dah bubuh sarung kusyen baru kemudian tak nak tingkatkan amal pulak?sebab tu perubahan zahir ni cuma sebagai batu loncatan meningkatkan semangat.bagi meriah.meraikan sesuatu.bukan kewajipan.mahu cuba silakan, tak mahu tak apa.

insya allah sama2 kita azam.mengejar lailatul qadar.

p/s:lafaz niat puasa.

نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ

pakchaque:ramadhan inikah yang terakhir?

0 comments: