innalillah

saat ni baru aku faham betapa kecewanya seorang doktor bila mana tak dapat menyelamatkan nyawa seorang pesakit. betapa rasa tertekan, bersalah dan segala perasaan yang down kerana "gagal" menunaikan tanggungjawab sebagai seorang doktor.biarpun segala usaha yang terbaik telah dicurahkan, takdir penentu segala. rasa sedih, kecewa dan hilang harap perlu disimpan untuk berhadapan dengan waris mangsa.senyuman harus diukir, biar kelat terpaksa ditelan. tangisan akan kedengaran..

saat ini baru aku sedar ada jurutera/arkitek yang berlagu sendu bila mana bangunan yang indah dibina runtuh tanpa diduga.biarpun segala kiraan kekuatan besi, kedalaman pasak, ketahanan gegaran, dan keutuhan tiang seri telah diuji, kuasa Allah tak mungkin terlawan.beribu nyawa pasti akan pergi.saman berjuta pasti akan datang.

semalam aku terbaca kesedihan seorang perunding infrastuktur.rasa sedih dan kesal yang tak terungkap bila jambatan yang diberi kelulusan dengan tandatangannya secara tak diduga meragut nyawa 5 beranak sekeluarga.bukan tak diperiksa, bahkan sudah diuji pula. namun siapa menjangka, siapa menduga, takdir penentu segala.penghadang jalan tak mampu bertahan dirempuh kelajuan kereta.

dan aku..

di saat segala usaha yang aku kerahkan,siang dan malam..akhirnya tiada yang mampu kuungkapkan melainkan rasa kecewa dan duka.tanpa sebarang hasil, tanpa sebarang data, terpaksa kutempuh segala.entah kenapa segalanya tak menjadi.sampel yang kujaga dan kupelihara semuanya musnah sekelip mata.

tanpa sebarang data, tiada rujukan bertulis,tiada penunjuk cara, mampukah aku selesaikan segalanya masa yang ada hanya berapa purnama cuma..

Ya Allah, kuatkan diriku.berikan kesabaran,keteguhan dan kekuatan. Permudahkanlah segala urusan hamba-Mu yang lemah ini.Tuhan, aku mohon padamu.berikan kejayaan padaku ya Allah. kebahagiaan dan ketenangan.hanya itu yang ku mahu.Amin..

Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuranKu doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala
Hidup penuh cabaran ini
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu
Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku
Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

9 comments:

anak pak usop December 01, 2005 1:01 PM  

aiseh..name i tak de huruf r la cik una=p

ye..usaha lagi.usaha tangga kejayaan.ade tulis kat logo sekolah rendah dulu.igt tak?thanx.

aielemocnian December 01, 2005 5:30 PM  

huhu... jgn shidey2 aaa... lain kali ddk jer depan encik sel tuh, tatang dia biar dia x sampai hati nk mati... (sekadar cadangan...:p)

anak pak usop December 01, 2005 10:04 PM  

dukacitanya dimaklumkan, doktor pon tak dok menatap muka pesakit sampai dia tak mati, cik arkitek pon dok menunggu bangunan bg dia tak runtuh..takkanlah nak mengadap je mende alah tu..maka secara realistiknya terpaksalah ditolak sebulat suara cadangan ikhlas anda itu.harap maaf

Sufi is me December 02, 2005 9:09 AM  

not everything that we want will be ours.. sabaq la.. berusahalah!!!!!

Anonymous December 02, 2005 12:53 PM  

usaha tangga kejayaan.. aku pon ader pengalaman cam ko gak.. bile mana aku dah usaha sebaik mungkin tapi may be bukan rezeki di pihak aku utk berjaya.. so i'm still learning from my every mistakes so i hope you'll do too... ganbatte!!

aielemocnian December 02, 2005 4:18 PM  

haha! jgn emo pakchaque... sbb tuh ckp sekadar cadangan... hehe.

Anonymous December 03, 2005 11:30 PM  

sedih tu normal...benda dah nak jadi, kalau kite halang pun, tetap akan terjadi...
cuma jgn fedap n give up...bile ada ujan, musti ada pelangi.. (not applicable utk pantai timur- sbb pas ujan nanti slalunya banjir.. )

hmm belum2 lg mereka dah apoptosis ek..kamikaze kot..
takpe..cube lagi ye murid2...

anak pak usop December 04, 2005 6:21 PM  

tenkiu cik una..hehe..takpe..silakan buat macam blog sendiri.free of charga.jgn segan jgn malu ye

tak emo la cik aielemocnian.kalau dibaca dengan nada saya emo, tu yang ras emo tu kot.

cik takde nama..inysa allah..kita terus berusaha.tak fedup, awal2 tu jek macam tak percaya kononnya kita yang berkuasa.thanx

anak pak usop December 04, 2005 6:22 PM  

thanx sume=)