SIGMA
"kan aku dah kate..pompuan tu melayu!" aahh..sudahlah..lupakan kisah perempuan bogel itu.hentikan juga segala nujum bernujum..erk..
FYP dah nak sampai ke penghujung.Result satu hapak pon x boleh pakai.Segala teori tak terapply dengan jayanya.KOSONG! Ade orang pesan, dari kegagalan datangnye segala macam kejayaan.Ade satu kali, aku dengar talk dari 'PakTua' yang menang anugerah Nobel, pon macam tulah dia pesan.Dare to Fail!! gila hapa!! kalau fail, alamatnye tak balik la aku.huh..
Dulu.Ni kisah dulu la.Aku pegang dengan satu prinsip.Ni zaman bila aku pon dah tak igt.Prinsip ala..yang femes tu.. "kalau org lain buleh buat, sure kau pon buleh buat!" alaa.. zaman tu ade buku biodata.budak2 kalau nak abis skolah ke, nak tuka klas ke, pakat2 la tulis kat buku biodata tu.. profile diri, alamat, no kontek..biasalah.zaman tu mana ada email lagi.ape lagi la henset! public phone pon tak tersentuh.mana ada duit! abis2 pon, no tepon rumah, ngan add rumah. lepas tu kat profile tu ade la motto hidup ke, OYDS ke, OYDB ke..haha..nak tegelak aku teringat zaman tu!BES woo zaman budak2..
Tapi skrg ni aku realize satu bende.Ade bende yang orang lain boleh buat, tapi kite MMG tak buleh buat.even kite dah try,usaha,bersusah payah segala macam.tak semua Allah kurniakan kepada kita.Dan kurniaan Allah pada kita juga tak ada pada orang lain. Sebab tu kadang2, sedar atau tak, kita akan bandingkan diri kita dengan orang lain.takpun, bandingkan mak kita dengan mak org lain, bandingkan ayah kita dengan ayah org lain, pakwe, makwe, suami, isteri, dan segala2 la. kita akan bandingkan sbb kita tak rasa kita memiliki apa yg org lain tu miliki.
Macam2 akan keluar dari mulut kita.Koman2 akan terdetik di hati."kenapa la aku.., tapi dia.." lebih kurang macam tulah.Mengeluh.Melepaskan sesuatu yang terbuku di hati.Ada sorang bro zaman aku asrama dulu pesan.JGN MENGELUH.LANGSUNG! sekali kita mengeluh, makin jauh rahmat Allah nanti.pesan dia yang aku cuba sematkan sedalam2 yang mampu dalam hati aku.
Namun kita tetap manusia.Tenaga kita tak kemana,fikiran kita ada batasannya, tindakan kita ada sempadannya.Sedaya mana kita nak bertahan,nak berfikir, nak bekerja? Kita hakikatnya tetap lemah.Hanya dan selamanya besandar pada Allah.Jadi apa yang bro tu pesan lagi kat aku, mengeluh la pada Allah, mengadulah pada Allah,menangislah pada Allah.Kita pastinya akan terus gagal,selagi kita berasa kita lemah, selama kita tunduk dan menyerah..pada kehendak dan kudratnya..insya Alah ada kebaikannya.
Lately, banyak kes yang tak patut dengar dah masuk ke telinga aku.Dan bila dah masuk kes2 ni, aku mula nak bernujum.Entah sejak bila pulak datang hobi ni.But, that is not the point.. selalunya, bila datang kes, datang prob, datang masalah..manusia (termasuk aku) aku mula dengan nada kesal, keluh, kesah..kerana memang hkikat penciptaan manusia macam tu. Gelisah, keluh kesah, kalut, lupa dan segala lagi seribu macam. Adam juga mengeluh, merintih.Tapi keluhannya terus pada Allah.Bukan pada malaikat.Hajat mahukan teman terus dikhabarkan pada Allah, dan..Hawa sebagai ganjaran.Musa juga pernah menadah tangan. Betapa kita lemah.Memohon dan terus berharap.Semoga dimakbulkan.
dan aku..
cukuplah dengan apa yang ada=)
4 comments:
something for you, for me, for everybody to ponder..
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai, maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon." (as Syarh: 5-8)
ganbatte ne~
menginsafkan...
your every words reflecting what had been haunting me for quite some time.. kite manusia sometimes terlupe ngan hakikat paling penting.. and thanks alot sbb mengingatkan sy perkara yg sy terlupe buat seketika
saufiah: thanx peringatan tu=)
arseque: no big deal fren.. kita sume mmg sentiasa terlupa.time kita igt, sure ade yg lain terlupe.
minna, tagaini gambarou ze!
takde hapdet ke..
Post a Comment