menghitung hari..

aku pernah buat menghitung hari ni bila ade bende2 besar dalam hidup aku.dulu mase nak amek UPSR,pastu PMR, then SPM, pastu nak ngadap Monbusho-shiken. kire macam count down. utk ape ek?lebih kepada berigt2 la konon2 nye.sbb aku dapat petua ni mase gi kursus zaman sekolah rendah.

satu ari sorg membe tanye.."ape perasaan dah nak balik?"

dah nak balik?erkk..kalau semuanya berjalan lancar dengan bantuan dan rahmat Allah..insya allah tak lame lagi.

perasaan? one simple word je yang kua dari mulut aku time tu.. "bercampur2"

semestinye aku jeles tengok weng,mizi,fem pass entrance exam nak sambung master.nak sambung master?aku pernah bermimpi nak sambung satu masa dulu dan...semoga mimpi tidak sekadar mimpi..

tambah pulak bila..

bila jiji,boss,awe and some other sahabat lain tanya.."hang takmau sambung?" or "kalau jemaah nak kau ade kat sini lagi?"
tambah plak fallah "hang ni dah nak balik barula..."
ade plak yg tambah "tak syok aa kau balik nanti.."

aku macam erk..ya allah..manisnya ukhwah yang engkau kurniakan ini..

bukan aku takde effort nak sambung..cuma..

at the same time aku ade banyak nak kejar.banyak lagi gunung yang aku nak daki.banyak lagi lurah yang harus aku turuni.ada lagi kejora indah di balik awan yang tak tercapai..sebanyak mutiara di dasar lautan yang masih belum tergapai.

satu masa aku rasa "iya" sangat dengan jepun.sampai rasa nak termuntah! tapi dalam masa yang lain pulak aku rasa suka sangat.itulah manusia.aku rasa semuanya akan rasa benda yang sama.perasaan jatuh suka, jatuh sayang, jatuh kasih dan jatuh yang macam2 ni lah yang aku tak suka.it takes a long time nak berubat.

xpelah..banyak benda baru menanti.yang penting,aku dah plan my work..yang tinggal to work my plan.kalau ikut perkiraan aku, ramai jgk member2 seangkatan yang dah stat keje..yang dah beranak pinak pon tak kurang banyak.yang bercucu je belum ade=p hehe..kalau dah bercucu, alamatnye aku ni dah tua sangat la..hehe

oh ye..dan skrg..aku menghitung hari untuk banyak benda.thesis,presentation,final exam,final experiment.aku harap dalam tempoh waktu yang terdekat ni, otak aku tak pecah.mental aku stabil, fizikal aku sihat.yang aku harap dan doa sepanjang waktu semoga Allah permudahkan semua urusan aku.

salam perjuangan yang sentiasa tiada penghujung..

7 comments:

Anonymous January 12, 2006 5:31 PM  

ooo dah nak abis ek? neway, good luck la for your final exam+experiment+ aper2 lagi la..

aielemocnian January 12, 2006 5:58 PM  

haha! start dah "tak tercapai bintang di awan... mutiara tak terselam..."

nasib baik takde "menjadi kenangan kau dan aku"

mmg trademark abih laaa... :p

anak pak usop January 12, 2006 8:00 PM  

aseq: thanx cik aseq.. tahniah dah dapat 10 anak!=p

aiel: belum letak copyright jek..kalau tak boleh la nak jadi trademark.

Anonymous January 12, 2006 9:17 PM  

good luck ye... dulu cekgu penah pesan.. jaga hubungan dgn Allah baik2, sbb time exam, time interview, time buat thesis, hanya antara kita ngan Allah je.. takde org lain leh tlg.. kalu time tu Allah nak bg kite ilham, lancar je ilmu datang.. lancar je kita jawab exam..tp na'uzubillah la kalu tetiba kite jadi buntu..tetiba otak fikir lain, tangan tulis lain... mana tahu kan.. so... kullu 'aamin wa antum bikhairin..

-asma'

Sufi is me January 12, 2006 11:21 PM  

"rezeki secupak takkan jadi segantang"
itu pepatah melayu..
ramai yg kata, nasib kita kitalah yang mengubahnya..
itu betul.
tapi,
usaha kita mengubah nasib itu adalah ibadah..
kerana jika kita berusaha, Allahlah yang memberi ganjarannya di sini atau di sana..
cumanya..
jangan lupa,
telah diajar oleh rasul, rezeki itu telah tertulis...
tak kira bagaimana, rezeki itu tetap begitu.
jangan tertipu dengan mainan dunia...
kita harus berusaha bukan kerana usaha itu yang menentukan rezeki..
tapi kerana usaha itulah ibadah dan tanda taat kita pada Allah.
sebab kita milik Allah.
kita akan kembali padaNya.
oleh itu usahalah seikhlas mungkin, kerana ingin hidup dan mati utkNya.

Sufi is me January 12, 2006 11:23 PM  

p/s: usah dirisaukan tentang rezeki, kerana itu adalah kerja iLLahi...

anak pak usop January 13, 2006 1:26 PM  

thanx sume=)