anak syurga
dalam tak sampai sebulan ada 2 kes teman yang anak kecilnya pergi dijemput Ilahi. sabar dan tabahkan hati saja yang mampu diucap menenang hati.
anak kecil pertama sempat menyedut udara dunia fana hanya 10 minit cuma. kemudian pergi meninggalkan ibu dan bapanya ke pangkuan Ilahi. anak kecil kedua pula tidak pasti sempat atau tidak mata comelnya melihat terang dunia ini. yang pastinya rahim ibu persinggahan sementara buat melayar ke negeri abadi.
tapi janji Allah itu benar buat mereka yang bersabar dan bersyukur.anak kecil pasti mencari ibu jua ayah di negeri sana. anak kecil itu pasti meredahi lautan manusia lantas menarik tangan ibu dan ayahnya ke tempat bernama syurga. anak kecil itu juga pasti akan tersenyum ketawa bermain riang dengan ibu dan ayah tercinta.
syaratnya, redha dan sabar.bukan teriak dan hiba. sedih mmg ketetapan. tapi kekuatan menerima taqdir itu janjinya lebih besar.
ayah dengan wajah tenang, menguruskan jenazah bayi.kain putih membaluti tubuh kecil yang tidk pernah mengenal erti dusta,tohmah,riba, dan segala macam dosa. doa dibaca pengiring ke syurga.ibu perlahan mengalir air mata bila sedar dari pembaringan di sisi anak yang dikandung sudah tiada.
sebulan berlalu, dengan kekuatan kurniaan Allah, terdengar si ibu berdoa..
"anak, tunggu ibu di syurga..ibu pasti akan ke sana, bersama papa.."
2 comments:
T_T
betapa pengorbanan ibu itu... ujian selepas ujian diterima... moga dia tabah.
moga2=)
dengarnya sudah mula menghitung hari lagi.untuk kembali menimang baby=p
Post a Comment