buat yang suka

satu falsafah yang sangat simple sebenarnya.

buat apa yang kita suka kerana ia akan menyukakan kita!

tiger woods, dibayar untuk memukul bola putih dan dikejar oleh kedi-kedinya. bayaran lumayan bangat!

ashley cole, frank lampard, john terry dan seangkatan dengannya, dibayar berjuta-juta pound untuk menendang bola dan berkejar-kejaran di atas padang. dan orang melayu malaysia bungkam mata bila ada siaran langsung di astro.

lee chong wei, antara anak cina yang tak pandai matematik tapi boleh la nak kira setakat 21 dan seterusnya, ada 6 buah kereta mewah untuk pukul bulu-bulu angsa.

mereka semua buat apa yang mereka suka dan dapat habuan!

sebab tu aku pun nak buat apa yang aku suka dan dapat habuan yang memuaskan diri sendiri. tapi bukan setakat wang ringgit sebagai ganjaran, tak kisah apa saja, asalkan memuaskan hati!

aku dah naik muak dan bosan bila kena interview yang tak kunjung sudah dengan cikgu-cikgu dekat sekolah. awat berenti?awat jadi cikgu?sayang no...

yang penting aku puas!

suka bila orang suruh ajar itu, tunjuk ini. seronok bila orang ternanti-nanti kita masuk sebab nak belajar dan berjumpa kita.

aku rasa aku bukan cikgu yang "terer" lagi! tapi aku dalam proses nak jadi great teacher! yang budak suka, kita gembira!

bila orang bagi kita ajar sesuatu yang susah, tanda orang percaya kepada kita. ada yang kilas, kata depa buli kita? pada aku, biarlah, dah depa tak mau! depa percaya dan murid suka!

3 comments:

M Syakirah March 08, 2010 12:31 PM  

clap clap clap to abg am!!huhu

aielemocnian March 08, 2010 3:52 PM  

x abih2 lg ke isu ni bro?

lu mmg berbkt maa bab2 mengajar nih...

xpela cikgu. lantak kata org. yg penting benda tu kita suka.

anak pak usop March 13, 2010 11:32 AM  

aik..ada nama baru ke dik? next year, bebudak suruh masuk raja lawak pulak. sbb dah ade sejarah cikgu masuk AF, so, kali ni try raja lawak.. hoho..

aie- mulut kita satu, mulut org banyak.. itu yg tak abih2.. yg penting hati hepi!