payah aih!!

bismillahi wal hamdulillah

dah masuk 9 Ramadhan.tinggal sehari lari, kempen menegejar rahmat Allah.lepas ni masuk fasa ke-2; kempen Maghfiratullah.mencari keampunan Allah. satu kontinusi yang amat baik dan peluang extra vaganza yang ditawarkan Allah buat hamba-Nya yang soleh.

mari bermula dengan menyelak lembaran sirah.bila puasa disyariatkan buat umat Islam?haa..tercengang! kurangnye sensitiviti kita terhadap perkara2 macam ni.sebaliknya pantang kita lupa tarikh2 "keramat" spt besday awek, besday artis, tarikh kemerdekaan, and wat so ever la.. yelah..kang lupe besday si dia merajuk muncung panjang, lupe besday mawi, tak dapat la digelar WORLD fan club..lupe tarikh kemerdekaan dituduh penderhaka negara,well...nyanyi lagu negara vesi lain sedangkan nak dihumban ke laut.baca fatihah salah tajwid kita nak buat ape ek?(garu janggut jap) lupe @ taktahu pasal tarikh2 dalam islam ni?ala,bang..bende kecik jelah..hmm

di Madinah,2 hijrah kewajipan puasa difardhukan ke atas umat islam.1424tahun yang lalu.kalau singkap balik sejrah lame, bukan umat islam zaman Rasulullah saja yang puasa, sejak zaman nabi Allah Daud A.S pon dah stat.puasa yang diselang sehari, dan Allah menyifatkan itulah puasa buat orang2 yang kuat.sehinggakan bila ada sahabat nabi yang mengerjakan puasa setiap hari, beribadat sepanjang malam pon ditegur nabi.

berkadar relatif dengan masa yang berlalu, amalan dan hukum yang sebahagian daripada puasa telah mengalami pelbagai "inovasi".ada yang dikurangkan dan tak kurang juga yang ditokok tambah.bahkan lebih teruk memBERATkan lagi amalan yang pada asalnya adalah ibadah mulia di sisi Allah.dan sebahagiannya adalah daripada ahli Fiqh sendiri;semoga Allah merahmati mereka.

hari ni, let's talk about love..erk..bukan2.. about KERINGANAN YANG DITINGGALKAN.

bila masuk je ramadhan, anak2 kecil,bapak2 budak, tak kurang jugak ibu2 mula mengeluh.belum kira lagi bro2, sis2 remaja muda mudi lain.PAYAH AIH!! jenuh la.. takda stamina la..pelbagai alasan lagi la.kononnya keje saya ni perlu aktif, gerak sana sini,anta surat naik moto tengah2 panas..dan seribu satu lagi alasan yang sering menerobos corong2 telinga.

baik..sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian;

[1] Kelonggaran hukum bagi yang menghadapi kesukaran berpuasa

Firman Allah dalam al-Baqarah ayat 286

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya

JELAS! seterangnya, Allah bukan pencipta yang mahu menyusahkan hamba-Nya.bukan menyiksa, tapi memberi segalanya,kemudahan jua kelonggaran.so, amek dan gunala! sejajar dengan sabda nabi;

Sesungguhnya Allah menyukai keringanan-keringanan hukum-Nya diamalkan sebagaimana Ia benci larangan-larangan-Nya dikerjakan.①

ada 3 kategori keuzuran dalam berpuasa.yang biasanya orang MELAYU, i repeat MELAYU yang tak mengaji, cuma pakai satu saja.mensia-siakan kemudahan yang diberikan.ok, jom check satu persatu..

1st kategori: Keuzuran yang meWAJIBkan seseorang itu untuk tidak berpuasa dan dia WAJIB mengqadhanya selepas itu.

senang cerita, golongan ni memang TAK BOLEH puasa, dan TAK BOLEH tak ganti puasa.siapa dia? -perempuan didatangi haidh dan nifas.

2nd kategori:Keuzuran yang memberi PILIHAN kepada seseorang untuk berpuasa atau tidak dan faktor keuzuran tersebut hilang selepas bulan Ramadhan berakhir. Maka dia WAJIB mengqadha puasa yang ditinggalkan.

golongan dalam kategori ni ramai.

i-PakChaque pi Lithuana (musafir) dalam bulan Ramadhan.harus untuk tidak berpuasa, dan pakchaque tak puasa.Selesai Ramadhan,pakchaque dah tak musafir lagi,maka WAJIB qadha puasa sebanyak bilangan hari yang ditinggalkan.

ii-MakYang sakit yang mendapat rawatan doktor pakar dan dinasihatkan untuk tidak berpuasa atas sebab berdasarkan pengalaman jika berpuasa akan memudharatkan.Selesai sessi berubat, Makyang sihat kembali, balik rumah buleh buat bisnes MLM macam biasa.selesai ramadhan, dia WAJIB qadha puasa sebanyak hari yang ditinggalkan.

iii-AbangChanque terpaksa bekerja keras untuk menampung keluarga.Ditakdirkan terpaksa bekarja dalam bulan Ramadhan , dan secara tak diminta2, cuaca sangat panas terik sehingga dia tak berdaya berpuasa.Beberapa bulan kemudian, kerja selesai dan AbangChaque tak kerja berat lagi ; maka WAJIB qadha puasa sebanyak hari yang ditinggalkan.

iv-Kathy dan Mary (Kathijah + Mariam) gi oversea untuk belajar.Secara kebetulan Ramadhan jatuh pada musim panas yang siangnya terlalu panjang sampai tak larat nak bertahan.Mereka boleh memilih untuk tidak berpuasa tetapi WAJIB mengqadhakan bila tiba hari yang tidak panjang lagi.qadha sebanyak hari yang ditinggalkan.

v-MakNyah baru melahirkan baby sebelum Ramadhan.Nyah kemudia menyusukan baby yang comel itu.MakDa pula mengandungkan baby sulung dalam Ramadhan.Kedua-dua mereka boleh memilih untuk tidak berpuasa demi memikirkan kesihatan baby/diri sendiri.Setelah itu dia tak mengandung lagi/menyusukan baby lagi dalam Ramadhan.Maka, WAJIB qadha sebanyak hari ditinggalkan.

3rd kategori:Keuzuran yang memberi pilihan kepada seseorang untuk berpuasa atau tidak dan faktor keuzuran tersebut tetap wujud selepas bulan Ramadhan berakhir. Maka dia TIDAK WAJIB mengqadha puasa yang ditinggalkan tetapi hanya perlu membayar FIdyah iaitu bagi setiap hari yang ditinggalkan, dia memberi makan kepada satu orang miskin dengan kadar yang dapat mengenyangkan orang tersebut

mari kenali golongan ini

i-TokChaque dan tua bangka.taklarat nak puasa.ditambah lagi mengalami sakit yang berpanjangan iaitu barah udara di sekeliling pipi, disertai juga dengan gastrik yang serius;(atau salah satu daripada ketiganya juga boleh masuk golongan ini)TokChaque tak boleh puasa bulan Ramadhan dan juga selepasnya.Maka, orang seperti ini TAK WAJIB qadha puasa tapi WAJIB FIDYAH.

ii-Pak Ridanto masuk ke Malaysia menjadi hard labour.bekerja keras sepanjang tahun dan tidak bercadang untuk berhenti dan akan terus bekerja sampai mati insya allah.Dia tak dapat nak puasa sama ada dalam Ramadhan atau bulan2 selainnya kerana memerlukan kudrat yang sangat kuat.Maka, dia TAK WAJIB qadha puasa tapi WAJIB FIDYAH.

iii-Ahmad Shukor membawa diri ke kutub selatan dan adiknya Shukor Ahmad mengembara ke kutub utara.Sepanjang tahun di sana tanpa malam kecuali pada peredaran matahari pada waktu2 tertentu.Mereka tak dapat berpuasa kecuali pada hari2 yang ada peredaran siang dan malam.Itupun kemungkinan siang adalah panjang.Maka, mereka seperti ini TAK WAJIB qadha, tapi WAJIB FIDYAH.

iv-Kak Timah mengandung dalam bulan Ramadhan.Tahun depan juga kerana timing yang baik oleh dia dan suaminya, mengandung lagi dalam bulan Ramadhan, begitu juga untuk tahun2 seterusnya.Kak Yam pula menyusukan anak sepanjang Ramadhan dan seperti Kak Timah untuk tahun2 seterusnya juga terpaksa menyusukan anak dalam Ramadhan.Maka,si ibu2 ini TIDAK WAJIB qadha, tapi WAJIB FIDYAH.

*perbincangan seterusnya akan diteruskan lagi


①Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya – hadis no: 5866 dan dinilai sahih oleh Syu‘aib al-Arna’uth dan rakan-rakan.

5 comments:

aielemocnian October 13, 2005 12:10 PM  

adoi... lawak2...

bukh October 13, 2005 10:55 PM  

aku macam....OOoo0oOO...(sambil tutup mulut takut lalat masuk)... hehe.. baguih2.. baghu pakcik paham sket..

aielemocnian October 13, 2005 11:11 PM  

mat, fukui hari apa buang sampah? nih tak buang lg laa nih... sampai ada lalat... buang cpt2... esok ustaz nk dtg :p (kuar topik entry jap)

anak pak usop October 14, 2005 11:27 AM  

aielemocnian: takut jugak org lebih berminat kepada lawak daripada isi ni..kang datang fitnah pulak buat penyampai.

una: terima kasih.. insya allah akan dipertingkatkan dan akan dipersesuaikan dengan mad'u insya allah. kalau keadaan memerlukan kanji, kita pakai kanji..kalau memerlukan bahasa yang lebih mudah paham, kita cakap style org yang mudah paham.kadang buku2 lama bahas belit2 sampai kita jadi confuse.

bukhari: tak dak org yang lebih faham agama melainkan nabi dan para sahabat=p insya allah kita sama2 pakat share. hang tu lagi tetrel!

aielemocnian October 14, 2005 3:37 PM  

hmm... paham isi dia... maaa... mesti pnahkan zmn skolah ada cikgu yg lwk giler yg kita mmg dok nanti2 bila nk kelas dia, but still kita dpt phm subjek dia... haaa... lebih kurang mcm tuhlaa...

payah bila detector lawak terlebih nih...