seruan J.I.H.A.D

Bismillahil 'azizil jabbaril mutakabbir!

Rakan seIslam yang dirahmati Allah sekalian.Niat di hati untuk meneruskan perbincangan semalam terpaksa ditangguh.Ancaman tehadap umat Islam semakin meangganas.Tanpa berselindung lagi umat hak umat Islam hari ini diambil satu persatu oleh musuh durjana.Bukan sekadar diambil secara terangan, bahkan umat Islam hari ini seakan tiada nilai pada pandangan mereka.Dihina,dicaci,dikeji dah diperlakukan sewenang-wenangnya.Umpama kita seperti bangkai yang menjijikkan.

Terbaru, "Wanita Besi" negeri Belanda;Rita Verdonk(Menteri Integrasi) secara nyata dan terang membuat kenyataan kurang ajar yang menghina umat Islam.Sensitiviti kita diuji lagi.Sampai tahap manakah kita perlu bersabar?Sehingga kepala anak isteri kita dipancung pun masih belum mahu sedar betapa pentingnya satu kerajaan Islam yang dinobatkan sebagai Khilafah??!! Masih mahu berterusan kita lena dihanyut arus moden dunia?

Sahabat..

Teman kita di Pakistan diuji Allah dengan bala.Korban maut semakin hari semakin bertambah.Wilayah bergolak Kashmir yang paling hampir menanti dengan seribu satu ancaman buat sahabat-sahabat di bumi Islamabad.Sedangkan mata kita sudah dipejamkan,telinga sudah dipekakkan dengan persengketaan di tanah Iraq,Afghanistan, dan seluruh bumi Islam yang dibasahi darah suci.

Sampai bila??

pakchaque:Ya Allah, engkau persatukanlah hati kami di atas nama kebenaran.Engkau teguhkanlah jiwa-jiwa kami di atas landasan keizzahanMu.

**[petikan Berita Harian 2005/10/14-Jumaat]**

Belanda haram pakai burqa

LONDON: Belanda mungkin muncul negara pertama Eropah mengharamkan pemakaian burqa, mengikut syor kerajaan yang menyaksikan tindakan tegas ke atas pakaian Muslim.

Akhbar The Times melaporkan semalam, Menteri Integrasi Belanda, Rita Verdonk yang dikenali Wanita Besi kerana beberapa langkah anti pendatang asing yang keras, memberitahu Parlimen, dia akan meneliti di mana dan bila pakaian menutup aurat itu boleh diharamkan.Burqa lazimnya berwarna hitam, menutup aurat wanita Muslim daripada kepala sehingga ke kaki selain menutup sebahagian muka.

“Masa untuk bersantai dengan pertubuhan Islam berlalu. Penduduk tempatan dan pendatang asing digalakkan saling kritikal dengan satu sama lain,” tegas Verdonk.Dia baru-baru ini bertindak membatalkan satu pertemuan dengan pemimpin Islam hanya kerana keengganan pemimpin itu berjabat tangan dengannya kerana kedudukannya sebagai wanita. Cadangannya itu dijangka mendapat sokongan Parlimen, khususnya dari parti berhaluan kanan biarpun syor itu disambut kecaman penduduk Islam dan kumpulan hak asasi manusia. - Agensi

1 comments:

anak pak usop October 17, 2005 12:46 PM  

pakat2 betulkan diri sendiri, pastu kita pakat2 la peringat no..

adik, akak, mak cik, kak cik, kawan sume2..

pelan2.klu kecik buleh nak pulaih telinga, dah besaq, jentik pon tak rasa apa dah..