Luar begitu, dalam begini

Dari seberang

Akhbar sana sini skrg dah mula bising2 pasal seorg perempuan yang dinamakan Michelle Leslie.Makin kecoh bila model seluar dalam jenama Antz Pantz ini muncul di mahkamah dengan bukan sahaja bertudung ala-Muslim, bahkan dengan kenyataannya kecewa apabila dituduh mengaku Islam semata-mata mendapat belas ihsan penduduk Indonesia.

Dihadapkan ke muka pengadilan atas tuduhan memiliki Ecstasy, Leslie mendapat publisiti secara besar-besaran bukan sekadar di benua Australia, tetapi juga di seluruh dunia. Laporan dari Persatuan Muslim di Australia menyatakan Leslie sejak 18 bulan yang lalu telah mula mempraktikkan ajaran Islam tetapi hanya menukar agama secara rasmi sejak setahun yang lalu.

Bermakna, secara undang2 dan kemanusiaanya, dia sekarang Islam di atas kertas.Pengamalan dan penghayatan kita serahkan kepada Allah.Segala tingkah laku yang kurang menyenangkan seperti menjadi model pakaian dalam, mendedahkan aurat secara terbuka, hingga pernah berpakaian hanya dengan cara lukisan pada badan ( yang sebenarnya tiada seurat benang pun di badannya) adalah tingkah laku di zaman jahiliyahnya.Kita mengharapkan selepas ini Islamnya bukan hanya di kertas dan mulut, sebaliknya seperti yang dilaporkan dalam ahkbar Utusan Malaysia, " Saya berpendapat, inilah agama untuk saya. Saya seorang Islam dan mengamalkannya dengan cara terbaik yang saya mampu lakukan "

Kita tolak segala kemungkinan yang dia menerima Islam kerana ingin menarik perhatian penduduk majoriti Indonesia.(walaupun di Bali tempat perbicaraan rata-rata beragama Hindu, tetapi pak-pak polisi tua kebanyakannya Muslim)

Kembali ke tanah bertuah

Bayar RM2,000 selesai masalah! Fenomena maksiat di negara yang agama rasminya Islam. Tidak sahaja Islam, malah ISLAM HADHARI!!

Pengakuan secara berterus terang Nabila Huda Suhaimi, anak Amy Search dalam mahkamah Tinggi Syariah PP, dengan pasangannya membuatkan hakim menetapkan bayaran denda RM 2, 000 atas tuduhan berkhalwat dan dilepaskan sambil kedua-duanya balik dengan menaiki kereta yang sama!

Orang kita hari ni dah tak takut lagi nak bermaksiat.Bayar saja, boleh buat lagi. Kalau artis kot takut jatuh saham, tapi kalau org biasa? Ibarat beli tiket nak beromen! Kalaulah undang2 yang dari manual kehidupan manusia dipraktikkan, bukan soal mahal atau murah denda yang harus dibayar, tapi nilai harga maruah manusia dengan sendirinya terjaga.

Manusia hari ini bukan lagi takut bermaksiat kerana Allah, tapi lebih kerana takut wang diambil mahkamah! Bukan lagi malu kerana Allah, tapi malu dikritik wartaman yang ramah tamah!

2 comments:

Anonymous November 23, 2005 6:04 PM  

sesama kita usaha n doa semoga Allah tak bolak balikkan hati kita ni spt contoh2 manusia yg ada kat mesia ni.. smoga hidup n mati kita dalam iman dan islam..
ameen ya Rabb..

anak pak usop November 23, 2005 7:44 PM  

ameen.. dulu saman khalwat penang RM50 jek.skrg dah naik RM3000 max ni data org kene tangkap khalwat menurun la sket.takut hilang duit rupenye..