nenong nenong
ohoo..sebenarnye aku bukanlah ahli PBSM sepanjang hayat.tak pernah pun aku baya yuran seumur hidup untuk mana2 persatuan setakat ni..hehe.. sbb lepas aku grad skolah rendah aku dah berpindah ke persatuan uniform lain pulak..tp, ilmu2 macam yang penting2 tu kita keep on belaja walau dari mana satu pun sumbernya salkan sohih dan berguna.
okeh..
untuk study case yang 1st:
bila terkena air panas, cepat2 alirkan air ke kawasan yang kena air panas tu.make sure alirkan air paip, jgn pulak gi tuang lagi air panas=p tu bengong namenye! hehe.. alirkan lame sikit. lepas tu, for sure akan naik gelembung air kat kulit.jgn gatal tangan nak kopek gelembung tu, biarkan sbb cecair dalam gelembung tu berguna untuk proses pembaikan.kalau dipecahkan nnt, akan merugikan diri sendiri.sbbnye? jadi parut, jadi gatal2, tak sedap badan, pedih..dan segala mala yang lain.
take note, kalau kene air panas kat tgn yang berlengan panjang, make sure alirkan air ke atas baju2 tu sekali.sbbnye, takut kalau dibukak, ade kulit yang melekat dekat baju tu akan terus terkoyak dan menyebabkan kerosan kulit.dah tak lawa kan?=p
dan dah tu, jgn berlengah lagi nak bawak gi klinik.
untuk study case no.2
tercekik daging/makanan kat kerongkong JANGAN jolok jari ke dalam mulut/anak tekak. takut nanti, bila dijolok, benda alah tu tak jatuh terus, tapi jadi semakin terlekat kat bhgn lebih dalam. kot2 mule2 just telekat kat bahagian depan, tetibe terus gi bhgn tengah tekak.kan dah jadi makin kronik..
so, rileks..cool.. tundukkan mangsa dalam keadaan lebih kurang macam rukuk, kemudian tepuk perlahan2 kat belakang mangsa.jgn kuat sangat, satgi benak pulak mangsa tu.haha.. dan jgn la tepuk macam pondan tua jugak.slow sgt, tak rasa langsung. tepuk just nice.sampai kua bende yang telekat tu.
KALAU tak kua jugak, peluk mangsa dari belakang.letakkan tangan kita kat perut.eratkan pegangan tangan kemudian tarik ke badan dengan tenaga yang just nice.dengan cara ni, akan menghasilkan tekanan dari dalam perut, dan angin boleh menolak balik keluar makanan yang terlekat,insya allah.Kalau tak jalan, bawak gi klinik/hospital cepat2.
study case 3
telekat tulang ikan yg agak besa.. JANGAN bagi telan nasi/roti yang tak dikunyah dulu.ni akan buat tekak lebih luka, dan menyusahkan proses penghadaman. lebih malang kalau disebabkan telan terus tu, tulang ikan tertusuk dan luka lebih dalam.
cara yang PALING SELAMAT, cepat2 refer ke hospital.di sana ada alat yang serba lengkap.
unless, kalau tulang tu kecik, boleh try ambil pakai tangan.TAPI.. make sure tangan bersih, tangan tak besa sangat, yelah.. kang jenuh pulak nak nganga.. dan tak jolok terlalu dalam.
telan air dari tudung periuk tak memberi sebarang kesan dan hanyalah petua org tua yang secara kebetulan berkesan pada sesuatu masa.
study case 4
JANTUNG BERHENTI??
segera hubungi ambulans.
sementara tunggu ambulans, lakukan CPR + HEART MASSAGE dengan sebaik mungkin.
cara CPR yang boleh dilakukan, betulkan kepala mangsa.bagi keadaan paling selesa bernafas. dongakkan sedikit. rapatkan mulut ke mulut.pastikan tiada ruang angin boleh keluar.tutup hidung mangsa dengan mengepitkan jari ke hidung.dan hembus udara ke dalam mulut mangsa kurang lebih 3 kali.sampai nampak dada mangsa terangkat kesan laluan angin.
kemudian, dengan segera berikan heart massage. tekan dada mangsa dengan tangan anda.tempat yang terbaik adalah antara dua dada di tengah2.atau pun di hujung pertemuan tulang rusuk.boleh jugak dengan kata yang lain tengah antara dua puting dada. tekan dengan agak kuat dalam kiraan kurang lebih 5 kali.
ulang dalam 4,5 set cpr dan heart massage sehingga nmpk tanda2 mangsa semakin bernafas.
yang penting, segera hubungi ambulans!
study case 5
dah eksiden, apalagi..cepat2 la call ambulans.
menunggu ambulans sampai..
bila perlaku pendarahan, yang utama tindakan yang perlu diambil ialah segera hentikan pendarahan.kehilangan darah dari dalam badan manusia dalam tempoh masa yang panjang boleh membawa maut!
ambil sebarang kain/bahan yang boleh mengikat tangan mangsa.ikat sedikit atas dari bahagian yang luka.misal kata terluka di bawah siku, ikat di atas dari siku.pastikan ikatan adalah erat supaya darah tidak mengalir. cari apa2 yang keras untuk mengejapkan lagi ikatan dengan memutarkan pada kain pada balutan.JANGAN guna benda yang boleh menyebabkan luka sepeti kayu tajam, dawai, besi karat dan lain2 yang merbahaya.
kalau takut berlaki luka dalam, pastikan kepala menjadi tempat jagaan yang utama.ampu kepala sampai mangsa bleh dikeluarkan dari kenderaan.kemudian bawa ke tempat yang selamat dan hentikan pendarahan.
bila dengar nenong nenong dari ambulans, keluar ke kawasan yang mudah dilihati dan jangan main aci sembunyi dgn ahli paramedik pulak.dan serahkan tugas seterusnya kepada yang pakar.
demikianlah antara kupasan jawapan yang boleh diberikan, andai ada salah dan silap harap betulkan.
wallahu alam
0 comments:
Post a Comment