memori kau dan aku

tirai 2005 selamat dilabuhkan.alhamdulillah, kembara ukhwah fillah kali ini juga selamat dipelihara tuhan.

bermula dari disember 26.selesai sessi pembentangan research di sekolah kurang lebih jam 6, aku sampai rumah.siap dengan kadar kepantasan yang secepat mungkin, sampaikan terlupa camera yang dah di charge..mungkin sudah ditakdirkan, kenangan kali ini cuma sekadar di ingatan, bukan menjadi bahan paparan.

dari fukuoka ke kochi, perjalanan kurang lebih 10 jam dengan bas tak terasa.80% perjalanan dipenuhi lena tanpa mimpi.rasa hilang penat berjaga siapkan slide show semalam.sampai di bumi kochi di kepulauan shikoku, angin pagi seakan menjadi penyambut tetamu.lembut membelai.masih awal,ada kira-kira sejam lebih lagi untuk kejar train ke tempat program.perut minta diisi.berpagi2 lagi dah pekena viking.walaupun viking roti, aku kira kenyangnya sampai ke tengahari.

dari kouchi ke tempat program sangkaanku awalnya tak terlalu jauh.yelah, pulau shikoku bukan sebesar kyushu.tapi sangkaanku jauh meleset.walaupun tak jauh, akses nak ke sana agak renyah.dari kouchi naik rapid express pun dah lebih sejam.kemudian, nak kena tukar lagi di kubokawa.train satu gerabak rentas bukit-bukau, hutan belukar.sudahnya, tengahari juga baru aku jejakkan kaki ke umi no mukae.tempat berlangsungnya WINTER GANTHERING kali ini.

sebenarnya, program dah masuk hari ke-3.esoknya program secara rasmi akan selesai.semuanya gara-gara presentation kurang dari 20 minit.

aku hanya sempat dengan siri LDK terakhir, soal-jawab fiqh, dan malam warna-warni Islam untuk hari ini.seperti tahun2 lalu, siri soal-jawab fiqh ni tak pernah cukup masa.ada saja persoalan, permasalahan yang diajukan.tak sia-sia ustaz-ustazah diterbangkan dari jauh.

disember 28.hari terakhir prog.ujian yang di luar kawalan datang menduga.sepagian aku menjadi pengunjung setia "bilik termenung".dari seawal jam 3 pagi sampai hampir jam 9 sang perut mintak nak bermanja2.pengisian terakhir diakhiri dengan forum bicara cinta. pengurusan cinta dalam Islam aku rasa setepatnya.mungkin kupasan isi dari ustaz dan ustazah masih boleh diperdalamkan, tapi dalam ruang waktu yang terhad, aku fikir ramai peserta dapat mencedok pengalaman bermakna.

secara rasmi tirai winter gathering dilabuhkan sebelum zohor sebab nak kejar train satu gerabak yang kalau terlepas terpaksa tunggu lagi 2 jam! tapi perjalanan masih panjang..

hari esok masih ada.PERHIMPUNAN AGUNG IPIJ (ikatan persaudaraan Islan Jepun) di niihama yang juga dalam pulau shikoku.

dalam train, saat ini aku gunakan sepenuhnya nak kenal peserta baru.tautan salam, gelak tawa menjadi pengikat ukhwah yang paling mudah nak dimulakan.perjalanan hampir sehari.dari train pendek sampai jadi panjang.dari desa terpencil, jumpa hutan gunung ganan, masuk pekan keluar pekan akhirnya jam 11 malam masjid niihama jadi tempat berkumpul untuk esoknya kami bersidang.

masjid kecil yang sangat berjasa.tempat tidur,tempat bermusyawarah,ruang dapur yang seadanya,bilik air yang satu..semuanya dikongsi bersama.

disember 29.jam 9 semua barisan exco putera-puteri IPIJ segak dengan baju batik maroon. pembaharuan demi pembaharuan.musim2 lalu gaya panglima melayu bersamping tanpa tengkolok dan keris di tangan.bermula dari ucapan dasar presiden, diikuti pembentangan laporan tahunan setiap biro dan diakhiri dengan penyampaian watikah perlantikan untuk sessi depan. seperti lazim..pelbagai cadangan, muhasabah, dan teguran dalam semua sessi banyak mengajar dalam pembentukan jemaah yang lebih bertanzim.alhamdulillah, perhimpunan agung yang dulunya dikenali dengan muktamar sanawi selesai dengan sedikit kejutan.

kejutan yang paling tak disangka-sangka bila kami mendapat berita ada saudara seislam dari indonesia meninggal dunia di dalam sungai.pengurusan jenazah dari mandi, kafan, solat semuanya minta diselesaikan.mungkin ilmu dari summer camp dalam pengurusan jenazah akan teraplikasi dari teori ke praktikal kali ini.dengan apa yang ada, kami siapkan persiapan.fizikal dan mental.

hampir 11 malam, dalam syukur ada sedikit kerugian.jenazah telah diuruskan.alhamdulillah, ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan.dari awal sampai ke akhir.dalam mengurut dada mengucap lega, dalam nafas yang sama menadah tangan memohon doa..moga dicucuri rahmat ke atasnya.

disember 30.kepimpinan beralih tapi matlamat,misi dan visi masih sama.darah yang mengalir akan sentiasa merah dengan kalimah thoyyibah. Kursus kepemimpinan untuk sessi akan datang diadakan hari ini.mungkin ramai muka baru, tp untuk adik2, inilah dia rantai mata perjuangan kita.ramai yang melepas nafas panjang bila tentatif akan berakhir lewat 1 malam.

tahun berganti tahun. IPIJ yang dulunya bertatih kini sudah mulai kemas berjalan meniti hari. pengisian dalam pelbagai bentuk, cara dan gaya makin lama makin matang. slot kepentingan dalam jemaah disampaikan oleh ustaz.mungkin kerana kesuntukan masa, aku rasakan masih ada ruang2 yang belum terisi.mungkin juga ini untuk mengikat hati-hati mukmin untuk terus mengikuti program untuk ditarbiyah.bukan sekadar mengharapkan program umum menjelang waktu cuti sahaja.

seperti yang dijangkakan, hampir jam 2 semuanya selesai.ucapan penggulungan diakhiri dengan sessi muhasabah untuk gerak kerja tahun depan.moga-moga segala usaha, amal dan perbuatan yang kita teruskan ini mendapat ganjaran dan balasan yang setimpal dari Allah.

1 comments:

osh January 03, 2006 2:30 AM  

teruskan usaha agama saudara.....God bless you