bercerai mati..





Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Syukur Allah masih panjangkan umur kita.Rasa nikmat dipanjangkan umur yang sangat-sangat pada kali ni. Kalau sebelum-sebelum ini cuma ucap lafaz di bibir sahaja, sekadar bertahmid dipanjangkan umur, kali ini, tahmid yang seikhlas hati lahir dari dalam jiwa yang sangat mendambakan keampunan-Nya. Astaghfirullah.

Alhamdulillah..

Tasbih kesyukuran yang kesekian kalinya selepas tangisan anak dan isteri masih lagi kedengaran. Raung tangis mereka petanda mereka masih milikku, belum dijemput pulang oleh Empunya kuasa. Sakit di dada yang sementara menahan diri dari menghirup udara segar kurniaan yang Esa. Perit terasa, lebih perit melihat darah mengalir bercucuran bagaikan air dari kepala, kaki, dan tangan mangsa di hujung sana. Syukur, kami tidak seperti mereka. Sekadar luka ringan dan kabur mata si isteri hanya sementara.

Tiada siapa harus disalahkan. Semuanya ketentuan Ilahi. Yang baik, yang buruk semua milik-Nya. Bukan kita yang berkuasa mengaturnya, cuma sekadar hamba yang hina menurut segala kehendak dan aturan-Nya. Sebaik mungkin dan seboleh daya kita ikhtiar berusaha mengelaknya. Namun celaka datang bukan diundang. Benarlah kata orang tua, malang itu tiada baunya.

Sejam berlalu, menanti ambulans dan bomba. Juga pihak berkuasa. Rasa hampir hilang segala kudrat yang ada. Mujur Allah maha berkuasa masih memberi sesuatu untuk penguat jiwa. Masih ada yang sayang. Berhenti menghulur salam, memberi bantuan. Itulah adat dunia. Bukan semua masa kita ketawa, di saat kita bersuka, masih ramai bermuram durja. Kerdil rasanya diri ini.

Alhamdulillah, kini semua selamat segala. Tak sanggup kata dituturkan lagi, tak ingin bicara terus dilanjutkan. Ratapan jiwa pasti akan terus terasa. Apa yang penting, hanya sekalung kesyukuran untuk yang Esa.

Aku masih dipanjangkan usia!



Read more...

melako

sudah agak lama aku tak ke melaka.adala dalam 1o tahon! huh.. kalau dulu, mahkota parade tu ada dekat stesen bas, skrg tidak lagi.segalanya berubah..gilos!

setelah sekian lama tak jalan jauh, rasa cam teruja gak nak drive jauh2.walaupun keje aku sebagai dreba bini, dan pengasuh anak selama bini berseminar, takpelah..

so..takde yang bes sgt, cume cite pasal satu tragedi kat JUSCO melaka..

satu petang lepas pick up bini, kitorg gi jenjalan konon2nya.last2 gps bawak ke jaya jusco.padahal nak gi aeon jusco.sbb salah set la tuh.hampeh aku!

makan lah kami di food courtnya. well, dah lapo la katakan..

tragedinya begini..

tengah2 aku dok baya, si luqman dok ngikut kat belakang.aku soh la gi ikut mommy dia sbb makanan dah ada kat meja.tinggal nak melantak je lagi..

sekali, bila siap baya... bayang si abang ni dah takde! perghh.. kelam kabut jugak le. si mommy bukan main kalut lagi.yelah, anak dah hilang. dalam pala otak aku terbayang kes budak hilang sampai kene botak kepala tu je! cuak gak weh..

puas gak le aku pusing satu food court.tak de nampak pon.. siap kua gi ke parking balik, kot2 dia gi patah balik kete..takde jugak..cuak seh.. takde plak announcement kepada sapa2 yang hilang anak sila ambil di kaunter pertanyaan ke..aduyaiiii

si mommy plak gi cari ke arah jusco.kot2 dia jalan ke sana..

dah puas pusing luar parking, aku masuk dalam balik. ke arah jusco.. nengok2 mommy dah dukung luqman ngala ke food court dah.. sambil muka lega ngan luqman dok peluk mommy dia..

bila tanya dia gi mana, selamba je dia ckp..gi cari cekelat! aduhaiiiii..

rupanya2, dia mmg ngala ke jusco area food.kat2 area cekelat2. sorg2 plak tu.takde plak rasa nak nangis ke ape ke budak ni..aduhhhhh.. siap yang dapat jumpa tu, bila dia bawak cekelat tak berbaya lalu kaunter, maka cashier tu la kot perasan ada budak tanpa mak bapak nih..adeh! menakutkan betol!

tobat takleh biar dah lepas ni..si adik lagi dasat seh..lagi lincah dia pada abang ni..ni nak kena ikat budak2 sekarang ni. hahaha




Read more...

buang sawang

rumah bersawang! macam ape lagi. tapi bagusnye sawang ni menolong nabi masa nak berhijrah dulu..pergh.alasan!

okeh, semalam ada smbutan hari guru.buat pertama kalinya jadi cikgu menyanyikan lagu kami guru maaysia penuh semangat! haha..cikgu lain pon sama jugak naik sheikh sampai atas permintaan sendiri, siap ulang dua kali lagi diiringi koir sekola.bebudak pon teruja..

main futsal, penat macam putus nyawa.lawan budak2 memang lah. tapi yg aku lari sikit je pon dah semput..fuh..gilos!kalah penalti, takdelah mengecewakan

persembahan budak macam menarik. dulu2 kan aku ni sekolah agama, sekarang nye persembahan di sekolah sekular ni macam pertandingan karaoke plak! siap pengetua pon berduet!sian makcik tuh...

adala sorang dua budak yg best suara dia.siap ada yg bagos tu, boleh min gitar lagi..aku rasa, bebudak nih walaupun tak pandai belajar, at least ada intelligence lain yang patut dihargai..aku nk je cadangkan gi audition OIAM.. sbb rupe pon ade mamat tu..tp..apa kata orang kampung!

oho.. sebelum hari guru, kami gotong royong.sangat ponek sbb kena kat area yg nak buat parking.. ma, sambil bergotong royong, rupe2nye cikgu2 lelaki ni banyak gak gosip HOT depa..fuh, pasang telingaaaa....

hari ni, melawat ayah PAR kat ofis mati.hmm.. inilah keja cikgu aku rasa.ada jugak bermasyarakat. selain meyan kerenah bebudak..

anyhow..thanx kepada yang bagi hadiah.tak banyak pon.. kelas 3 hidaya sbb aku cikgu kelas. kelas 4p1 sbb aku cikgu math yang gila2, budak 5snt sbb aku aja kimia..tu je.. lagi satu towel dari majlis guru..sbb aku ajk, dan aku pon guru..hahaha..oho, dapat anugerah guru tanpa cuti.. hek eleh.. baru bape hari je pon koje.

capek lah.mau mandi.buat soalan, amek anak..








Read more...