sekejap nya

saya ada kolam ikan di rumah saya. di dalam kolam ini cuma ada ikan guppy. sengaja saya membela ikan guppy untuk mengelakkan nyamuk bertelur dan membiak di rumah saya. sekaligus mengelakkan penyakit denggi yang merbahaya itu. lagipun, saya ada dua orang anak kecil yang perlu dijaga rapi.

biasanya kolam ikan saya penuh dengan daun2 pokok buluh yang ada di sebelahnya. tapi petang semalam, saya telah mencuci dan membuang semua daun-daun buluh yang kering itu. kerajinan saya meningkat lagi bila saya membuat sedikit landskap ringkas untuk kolam itu.

saya telah menanam sejenis pokok yang saya tidak tahu namanya ke dalam pasu, dan meletakkannya di dalam kolam ikan itu. saya sangat teruja kerana anak-anak ikan sangat suka bermain di kawasan pokok itu.sangat asyik!

saya juga ada meletakkan pokok pandan ke dalam pasu. kemudian saya letak juga di dalam kolam. dengan harapan pokok pandan itu cepat subur. pokok pandan saya yang di tanah agak kurang subur. menjadikah teori ini? cuba dan lihat saja nanti.

oh, saya sangat teruja hendak memiliki air terjun pula. ongkosnya?

*ada gambar yang ingin dimuat naik, tapi ada masalah teknikal pula.

1 comments:

Anonymous February 04, 2010 10:46 AM  

ko macam main fishville...
ahahaha