hadith musykil @ musykil hadith

dimulakan dengan bismillah
disudahi dengan alhamdulillah

eh, baru nak mule ni..meh same2 bismillah dulu..

wah..cantik2 akak, makcik2 hari ni..ayu2 gitu..abg2 pakcik2 pon ensem2 je..;)

abg2,kakak2,adik2,pokcik2,mokcik2,makngah,makyang,maklong,pakteh,

pernah dgr tak hadith ni?(translated)

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:

Apabila seseorang kamu bersolat, hendaklah dia meletak penghadang di hadapannya sepanjang pelana unta. Jika tidak diletakkan penghadang di hadapannya sepanjang pelana unta maka sesungguhnya solatnya akan terputus kerana keldai atau wanita atau anjing hitam (yang melintas di hadapannya).

aii..awal2 lagi dah banned kitorg ni apehal?nak gaduh?baru ari tu ckp pasal pmpn di2nd gradekan,ni nak mule lagi ke?ni dah over la ni..nak samekan ngan keldai ok lagi..ni sampai anjing itam ni..melampau la ni..ntah hadith sohih ke tak ko bace ni?

eh, bukan camtu kak..saba dulu..kite tgk sampai habis dulu.tenang ye kak ye..

kak tun,

hadith ni hadith sohih kak.hadith ni daripada Abu Dzaar radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa’i, Ibn Majah dan lain-lain, di atas dengan lafaz Muslim.

kalau akak tak caye, akak bukak Sahih Muslim - no 510 (kitab solat,bab kadar penghadang solat)

kemusykilan

1st sekali kite tgk, camne solat tu bleh batal just sbb pmpn lintas depan jek?
2nd, kenape la agaknye yang pmpn ni nak disamekan ngan keldai @ anjing itam?

kite tgk penjelasan ye kak ye..

"solatnye terputus" kat sini, takde pon Rasulullah sebut solatnye terbatal/tak sah.terputus je kak.kite igt balik mase kite mengaji PAFA dulu..takde pon dalam perkara2 membatalkan solat ni, termasuk pmpn lalu kat depan.so meh kite check balik ape makne terputus kat sini.

terputus kat sini, maknenye terganggu kekhusyukan ataupun terhenti hubungan dengan Allah Azza wa jalla.

camne plak?

yelah, dah sblm solat tu tak diletakkan penghadang kat depan, lalu la si keldai ni. anjing itam tgh2 jalan nak cari tulang pon tgk takde penghadang main harung jelah..pmpn nak cepat2 gi pasar pon main lintas jelah dpn org tgh solat tu.sbb?sbb takde penghadang.(note: zaman nabi solat dalam masjid bukan macam skrg.)- untuk mereka2 yang selalu bersolat di luar (bukan masjid/surau yg dikhaskan macam kat mesia) pasti selalu terjadi situasi begini.

maknenye, sblm solat tu, make sure yg kite ltk something kat depan.tanda kite nak solat.supaya org tak lalu lalang dpn kita.letak la ape2.klu zaman dulu, boleh letak pelana kuda/unta.zaman skrg letak la beg ke, kayu ke, tongkat ke, ape2 jelah.asalkan jadi penghadang.
{ulasan lanjut boleh bace dalam Panduan Ibadah dalam Musafir Penerbangan (Jahabersa 2000), ms 134.}

hek eleh..kalau org tu Islam,takkan le dia tak paham2 xleh lalu dpn org tgh solat?buat pe nak susah2 letak penghadang?

bang..tu kalau org, klu keldai?anjing?kucing?gajah?lembu? ade dia reti abg tgh semayang? kalau org tu name dia Karim ok la, klu Matsumoto?Tujuh anak Kapal?Mutu a/l Lingam? Ah Bon Tot?
lagipun bang,zaman nabi dulu pon pernah jadi bende2 ni.bukan org lain.isteri nabi sendiri.ada dalam hadith2 sohih yang lain, diceritakan, tgh nabi solat, isteri baginda tak sedar, lintas di hadapan.

abistu kalau ade org lintas nak wat camne?yelah, saye kalau solat kat lua ni takde bawak barang.lupe plak kdg2 nak letak penghadang..

ok, dalam hadith2 sohih yang lain jugak, disebutkan bila isteri nabi melintas, baginda tak hentikan solat.sebalik, just teruskan jugak.sbb kite dah sebut tadi.solat tak batal.

Tidaklah terputus solat oleh apa-apa dan tolaklah (apa yang melintas di hadapan) sedaya upaya kamu kerana ia adalah syaitan.

-hadith hasan-

kalau kite dah solat, ade yg lintas.tahan org org tu dari lintas.halang dia dari terus jln depan kita.perbuatan kite halang org tu lalu depan kite tu tak batalkan solat, tp klu tak dihalang akan sedikitmenyebabkan ketidak kesempurnaan solat kita.

ai bang, kak cik tak pueh ati laie ni..ape kes nak cite pasal penghadang nak dihimpunkan pmpn, kaldai,ngan anjing itam ni..

camni kak cik..

dihimpunkan semuanya dalam satu hadith, tak bermakna nak disamatarafkan pmpn ngan kaldai, atau pon anjing itam.yelah, pk lojik kak cik, takkan la nabi yg saaaaayang sgt kat isteri baginda nak samekan ngan anjing plak kak cik?abg cik pon kalau saaayang sgt kat kak cik, sure die kate kak cik macam teddy bear yg cumil2 kan?xde macam anjing nye.

sbb dihimpunkan? ok.. sbbnye macam ni..

kaldai; kebiasaannya kan kaldai ni bawak barang2 dagang yg byk.so, blh menghilangkan khusyuk org yg tgh solat dok pk pasal barang2 tu, pk pasal kaldai tu nak langgar dia ke..

anjing itam;anjing itam ni kadang2 merupakan jelmaan syaitan.dan klupon bukan jelmaan syaitan, anjing tu sendiri dah najis mughallazah.dah satu kes plak nnt nak kene samak.

pmpn;sbb keindahan yg ada pada pmpn takut lelaki yg tgh solat tu terpegun, dan terus hilang khusyuk.kan pmpn ni penuh kecantikan macam kite dah bace dulu..kang ter ehem2 plak cik abang tgh solat tak ke naya.ngee.

jadi..kesimpulannya:

setiap sume ni boleh mengganggu kesempurnaan solat. berdasarkan kaedah qiyas dan tujuan hadis (maqasid nas), hendaklah kita menghadang diri kita ni daripada apa sahaja yang boleh mengganggu kesempurnaan solat kita tanpa terbatas kepada tiga faktor di atas sahaja.apa2 sahaja..bukan hanya tiga faktor ni sahaja..

jom nasyid balik..
disudahi dengan alhamdulillah;p
~。~。~。~。~。

rujukan

1.Al-Quran
2.Hadith Musykil- Hafiz Firdaus Abdullah